Selamat datang ke Blog Smart Library Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman..

Sunday, February 24, 2013

TEORI KANAK-KANAK

 C/P

2. Apa Itu Teori? 

Teori adalah ‘ pendapat’ yang dikemukakan mengenai suatu perkara, kejadian dan sebagainya
Teori juga bererti asas-asas dan hukum-hukum yang menjadi dasar pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan.
 Kesimpulannya, teori dirumuskan sebagai asas-asas dan prinsip-prinsip yang menjadi dasar pembentukan, pembinaan, perkembangan sesuatu bidang pengetahuan.

3. Teori Humanis

Kelebihan
 Bersifat pembentukan keperibadian,hati nurani,perubahan sikap,analisis terhadap fenomena sosial.
Murid berasa senang,berinisiatif dalam belajar.
 Guru menerima segala yang ada pada murid dan memahami cara pemikiran mereka.

Kekurangan
Bersifat individual. Proses belajar tidak akan berhasil jika tidak ada motivasi dan lingkungan yang mendukung. 

6. TeoriGestalt
Para pengasas teori Gestalt percaya bahawa proses pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaan (reinforcement) atau hukuman tetapi lebih melibatkan kognitif.
 Perkataan Gestalt bukanlah datang daripada nama pengasas teori tersebut namun, Gestalt dapat dirujuk sebagai bentuk, rupa, kedudukan, ataupun diletakkan bersama.

8. Melihat kepada entiti atau bahagian- bahagian yang berasingan.
 Dalam aspek pembelajaran, Gestalt menekankan cara minda memberi tumpuan corak atau sifat sesuatu dan bagaimana ianya mempengaruhi proses belajar.
 Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. – melihat sesuatu objek secara keseluruhan (rumah) memberi makna yang lebih mendalam dengan melihat komponen- komponen individu(tiang, lantai, dinding, pintu, tangga)

9. Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif.
Minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit.
Dalam teori Gestalt, persepsi seseorang terhadap sesuatu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tingkah laku individu terbabit
 Persepsi ini dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, cara individu tersebut dibesarkan dan firasat.

10. Pendekatan Teori Gestaltdalam Pembelajaran
Fokus yang diberikan dalam melihat sesuatu entiti secara keseluruhan merupakan kepentingan teori ini dalam dunia pembelajaran.
Konsep ini amat signifikan dalam penyelesaian masalah
 Dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberi penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

11. Dalam seni visual, elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan produk yang baik.
Guru haruslah memberi penekanan kepada proses dalam pengajaran dan menggalakkan pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja semata-mata (penilaian kerja para pelajar perlu dimasukkan bukan hanya menilai hasil karya yang telah siap.

12. Kelebihan Teori Gestalt
Dengan teori Gestalt yang lebih menekankan akan pentingnya pengertian dalam mempelajari sesuatu, maka akan lebih berhasil dalam mencapai kematangan dalam proses belajar.
13. Mengatur pengamatannya dalam corak yang tertentu dengan menyusun semula rangsangan supaya ia menjadi lebih ringkas, lebih lengkap dan lebih teratur daripada keadaan sebenarnya.
14. Menyeimbangkan komposisi olahan imej yang mempunyai kesatuan. membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti- kualiti dalam olahan bentukmengharmonika n persepsi dan menyeimbangkan penggunaan ruang
15. Mempertingkatkan pengalaman dengan membuat latihan yang banyak melalui kaedah trial and error. Latihan yang berterusan akan membuahkan hasil yang berkualiti dengan adanya pengalaman yang pelbagai.

17. Teori Psikoanalitik
Teori ini adalah pengasas suatu aliran dalam psikologi iaitu psiko-analitik dalaman.
Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni.
Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud.
18. Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.
 Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual.

19. Kelebihan Teori Psikoanalitik
Memberi peluang interpretasi perasaan dan emosi mereka melalui aktiviti seni visual dan penghasilan karya. Cth: seorang kanak-kanak yangmengalami gangguan seksual akanmeluahkan ekspresi emosinyamelalui lukisan yang menggambarkansituasi kehidupannya.
20. Apa yg dilukis itu merujuk scr langsung kepada yg mereka sukai, alami, lihat dan perhatikan disekelilingnya. Dlm kajian kanak2 mgs dera seksual, lukisan satu medium berkesan utk kanak-kanak berkomunikasi ttg pengalaman mereka. Tapi di luar terapi formal, ia boleh dijadikan indikasi oleh ibubapa/ guru utk mengesan mslh yg mungkin wujud. Di mana anak anda melukis gambar-gambar yg blh menimbulkan keraguan (bersifat seksual) jgnlah terus dimarahi.
21. Tanyalah lebih lanjut ttg gambar itu, misalnya siapa di dalam gambar itu, apa cerita dlm gambar itu. Dari situ blh mengetahui sesuatu. Ini tidak bermakna kanak-kanak melukis gambar ini sudah pasti dia didera secara seksual, malah ia satu indikasi masalah.Maka anda perlu explore lebih utk mencari kesahihannya.
22. Salah satu kaedah bagi merawat seseorang individu yang mengalami masalah berkaitan tekanan emosi
23. Memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Keadaan ini akan membantu guru untuk mengetahui latar belakang keluarga kanak-kanak tersebut.

24. Teori perkembangan

Kelebihan
 Murid dapat menyedari dan memahami apa dalam keindahan yang dikaitkan dengan alam ciptaan
 Meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar murid
Melahirkan murid-murid yang ceria dengan memberi peluang untuk meluahkan perasaan dengan penghasilan seni.

26. Teorikognitif

 Kelebihan
1. menjana daya kreativiti dan inovasi murid.
2. memahami sesuatu secara mudah
3. meningkatkan daya reka cipta muridb.
 Kekurangan
 1. teori tidak menyeluruh untuk semua tingkat pendidikan seperti teori humanis.

30. Teori Behaviourisme
Kelebihan
1. Membiasakan guru untuk peka pada situasi belajar.
2. Teori behaviorisme ini sangat sesuai untuk memperoleh kemampuan yang memerlukan praktik dan pembiasaan yang mengandung unsur-unsur seperti: kecepatan, kelincahan, kelenturan, refleksi, daya tahan, dan sebagainya.
3. Guru tidak banyak memberikan ceramah sehingga murid dibiasakan belajar sendiri. Jika menemukan kesulitan baru muird menanyakan kepada guru
4. Teori ini sesuai diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih memerlukan dominansi peranan orang dewasa , suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi pujian.
5. Membolehkan suatu tingkah laku yang diinginkan mendapatkan penguatan positif dan tingkah laku yang kurang sesuai mendapat penghargaan negative
6. Dengan melalui pengulangan dan latihan yang berterusan dapat mengoptimalkan bakat dan kecerdasan yang sudah terbentuk sebelumnya. Jika anak sudah mahir dalam satu bidang tertentu maka akan dapat lebih dikuatkan lagi dengan kebiasaan dan pengulangan yang berterusan tersebut dan lebih optimal.
7. Bahan pelajaran yang disusun secara hierarkis dari yang sederhana sampai pada yang kompleks dengan tujuan pembelajaran dibagi dalam bahagian-bahagian kecil yang ditandai dengan pencapaian suatu ketrampilan tertentu mampu menghasilkan tingkah laku yang konsisten terhadap bidang tertentu.

33. Teori Konstruktivisme
Kelebihan
1. Berfikir untuk membina pengetahuan baru: murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
2. Faham :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
3. Ingat :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep
.4. Yakin: Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
5. Kemahiran sosial :Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.
6. Seronok :Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

No comments: