Bunga raya bunga kebangsaan ku..
Tuesday, September 10, 2013
PENANDA BUKU PELBAGAI BUDAYA
Creativity adik2 kita buat penanda buku.. cantikkan ..
jadikan tugasan buat adik2 kita semoga dapat mengenali budaya dan cara pakaian tradisional semua kaum di malaysia..
ada cina, india, melay, kadazan.. bnyak kan.. bersyukur lah kita semua aman damai sekarang.. :)
Tuesday, August 13, 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR - BALAI BOMBA
LATIH ANAK-ANAK SUPAYA BERANI BERTINDAK DAN SELEBIHNYA MENGETAHUI SEBAB DAN BAGAIMANA MENGATASI MASALAH JIKA BERADA DALAM KESULITAN.
SEDIKIT ILMU YANG DIKONGSIKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT YANG BERGUNA KEPADA ANAK-ANAK KITA.
INSYALLAH..
SALAM LEBARAN
Assalamualaikum (w.b.r)
salam perpaduan dan salam aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.. selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami warga Smart Library 2012, Daerah Kuala Muda Yan.. pertama-tamanya, kmi sangat gembira kerana dapat menyambut hari yang mulia bersama2 org yang tersayang malah dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara.. termasuk jugak semua warga2 pengajar dari seluruh daerah.. sudah masuk aidilfitri yang ke 6.. dpt lagi kita merasai kemeriahannya bersama. kepada anak2 didik semua, jagn lupa dtaang ke sekolah pada minggu depan.. semua semuanya berjalan dengan lancar. jagna pula ada yang berbalut tanganya akibat main mercun ye.. awasi anak2 anda supaya tidk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.. sempena cuti sekolah yang tinggal lagi beberapa hari ini.. di minta semua ibu bapa mengambil perhatian terhadap kelengkapan anak2..
kami dari Kru Smart Library berbesar hati dan ingin menasihati semua warga Malaysia supaya berhati2 di jalan raya dan awasi tingkah laku anak kecil anda. semoga semuanya kembali bersemangat ke sekolah seperti biasa..
salam aidilfitri.
layari : https://www.facebook.com/tabikaperpaduan.tamanarked
untuk lebih info mengenai Smart Library..

Monday, February 25, 2013
MARI CARI ILMU
Assalamualaikum (w.b.r)
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca mahupun pengemar blog-blog ilmiah.. Terima kasih kerana sudi datang melayari Smart Library.. Agaknya sudah lama kami tak update status mengenai Smart Library, mungkin banyak yang perlu kita kongsi kan ilmiah-ilmiah yang berguna untuk dimanfaat kan bersama.. Saya harap ibu bapa mahupun guru-guru diluarkan dapat memberikan perhatian dan penjelasan yang jelas bagi kanak-kanak memahami kehidupan sebagai insan. Secara intelektualnya, dapat kita berkongsi dan memberi sedikit idea bernas menceriakan persekitaran dan juga cara pembelajaran kanak-kanak yang serba canggih sekarang. Tak hairan lah kalu begitu ramai guru-guru menguna kan inisiatif dengan menggunkaan internet sebagai cabang pengluasan ilmu kanak-kanak..
Cuba anda lihat di sekeliling anda, mungkin banyak aplikasi mudah mendapatkan idea..
Disini kami ingin berkongsi serba sedikit ilmu dari satu link web yang mungkin dapat beri ilmu kepada para pendidik diluar sana.. cuba kita praktikkan bagi kanak-kanak.. semoga ilmu ini menjamin ilmu yang bernas..
http://www.slideshare.net/viniyasih/teoriteori-perkembangan-pengutaraan-tampak-kanakkanak#btnNext

Sunday, February 24, 2013
TEORI KANAK-KANAK
C/P
2. Apa Itu Teori?
Teori adalah ‘ pendapat’ yang dikemukakan mengenai suatu
perkara, kejadian dan sebagainya
Teori juga bererti asas-asas dan hukum-hukum yang menjadi
dasar pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, teori
dirumuskan sebagai asas-asas dan prinsip-prinsip yang menjadi dasar pembentukan,
pembinaan, perkembangan sesuatu bidang pengetahuan.
3. Teori Humanis
Kelebihan
Bersifat pembentukan keperibadian,hati nurani,perubahan
sikap,analisis terhadap fenomena sosial.
Murid berasa senang,berinisiatif dalam belajar.
Guru menerima segala
yang ada pada murid dan memahami cara pemikiran mereka.
Kekurangan
Bersifat individual. Proses belajar tidak akan berhasil jika
tidak ada motivasi dan lingkungan yang mendukung.
6. TeoriGestalt
Para pengasas teori Gestalt percaya bahawa proses
pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaan (reinforcement) atau
hukuman tetapi lebih melibatkan kognitif.
Perkataan Gestalt
bukanlah datang daripada nama pengasas teori tersebut namun, Gestalt dapat
dirujuk sebagai bentuk, rupa, kedudukan, ataupun diletakkan bersama.
8. Melihat kepada entiti atau bahagian-
bahagian yang berasingan.
Dalam aspek pembelajaran, Gestalt menekankan cara minda
memberi tumpuan corak atau sifat sesuatu dan bagaimana ianya mempengaruhi
proses belajar.
Prinsip asas teori
ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. – melihat sesuatu objek
secara keseluruhan (rumah) memberi makna yang lebih mendalam dengan melihat
komponen- komponen individu(tiang, lantai, dinding, pintu, tangga)
9. Proses melihat secara keseluruhan
melibatkan proses kognitif.
Minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen
dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu
rangsangan akan mempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit.
Dalam teori Gestalt, persepsi seseorang terhadap sesuatu
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tingkah laku individu
terbabit
Persepsi ini
dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, cara individu tersebut dibesarkan dan
firasat.
10. Pendekatan Teori Gestaltdalam
Pembelajaran
Fokus yang diberikan dalam melihat sesuatu entiti secara
keseluruhan merupakan kepentingan teori ini dalam dunia pembelajaran.
Konsep ini amat signifikan dalam penyelesaian masalah
Dalam konteks
pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau
hasil kerja tetapi memberi penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan
produk itu sendiri.
11. Dalam seni visual, elemen ini
amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada
penghasilan produk yang baik.
Guru haruslah memberi penekanan kepada proses dalam
pengajaran dan menggalakkan pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja
semata-mata (penilaian kerja para pelajar perlu dimasukkan bukan hanya menilai
hasil karya yang telah siap.
12. Kelebihan Teori Gestalt
Dengan teori Gestalt yang lebih menekankan akan pentingnya
pengertian dalam mempelajari sesuatu, maka akan lebih berhasil dalam mencapai
kematangan dalam proses belajar.
13. Mengatur pengamatannya dalam corak yang tertentu dengan
menyusun semula rangsangan supaya ia menjadi lebih ringkas, lebih lengkap dan
lebih teratur daripada keadaan sebenarnya.
14. Menyeimbangkan komposisi olahan imej yang mempunyai
kesatuan. membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti- kualiti dalam olahan
bentukmengharmonika n persepsi dan menyeimbangkan penggunaan ruang
15. Mempertingkatkan pengalaman dengan membuat latihan yang
banyak melalui kaedah trial and error. Latihan yang berterusan akan membuahkan
hasil yang berkualiti dengan adanya pengalaman yang pelbagai.
17. Teori Psikoanalitik
Teori ini adalah pengasas suatu aliran dalam psikologi iaitu
psiko-analitik dalaman.
Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa
untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi
emosi yang diluahkan melalui seni.
Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud.
18. Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan
perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.
Freud menyatakan
bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang
terlibat dalam penghasilan seni visual.
19. Kelebihan Teori Psikoanalitik
Memberi peluang interpretasi perasaan dan emosi mereka
melalui aktiviti seni visual dan penghasilan karya. Cth: seorang kanak-kanak
yangmengalami gangguan seksual akanmeluahkan ekspresi emosinyamelalui lukisan
yang menggambarkansituasi kehidupannya.
20. Apa yg dilukis itu merujuk scr langsung kepada yg mereka
sukai, alami, lihat dan perhatikan disekelilingnya. Dlm kajian kanak2 mgs dera
seksual, lukisan satu medium berkesan utk kanak-kanak berkomunikasi ttg
pengalaman mereka. Tapi di luar terapi formal, ia boleh dijadikan indikasi oleh
ibubapa/ guru utk mengesan mslh yg mungkin wujud. Di mana anak anda melukis
gambar-gambar yg blh menimbulkan keraguan (bersifat seksual) jgnlah terus
dimarahi.
21. Tanyalah lebih lanjut ttg gambar itu, misalnya siapa di
dalam gambar itu, apa cerita dlm gambar itu. Dari situ blh mengetahui sesuatu.
Ini tidak bermakna kanak-kanak melukis gambar ini sudah pasti dia didera secara
seksual, malah ia satu indikasi masalah.Maka anda perlu explore lebih utk
mencari kesahihannya.
22. Salah satu kaedah bagi merawat seseorang individu yang
mengalami masalah berkaitan tekanan emosi
23. Memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif
kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Keadaan ini akan membantu guru
untuk mengetahui latar belakang keluarga kanak-kanak tersebut.
24. Teori perkembangan
Kelebihan
Murid dapat menyedari
dan memahami apa dalam keindahan yang dikaitkan dengan alam ciptaan
Meningkatkan
kemahiran psikomotor halus dan kasar murid
Melahirkan murid-murid yang ceria dengan memberi peluang
untuk meluahkan perasaan dengan penghasilan seni.
26. Teorikognitif
Kelebihan
1. menjana daya kreativiti dan inovasi murid.
2. memahami sesuatu secara mudah
3. meningkatkan daya reka cipta muridb.
Kekurangan
1. teori tidak
menyeluruh untuk semua tingkat pendidikan seperti teori humanis.
30. Teori Behaviourisme
Kelebihan
1. Membiasakan guru untuk peka pada situasi belajar.
2. Teori behaviorisme ini sangat sesuai untuk memperoleh
kemampuan yang memerlukan praktik dan pembiasaan yang mengandung unsur-unsur
seperti: kecepatan, kelincahan, kelenturan, refleksi, daya tahan, dan
sebagainya.
3. Guru tidak banyak memberikan ceramah sehingga murid
dibiasakan belajar sendiri. Jika menemukan kesulitan baru muird menanyakan
kepada guru
4. Teori ini sesuai diterapkan untuk melatih anak-anak yang
masih memerlukan dominansi peranan orang dewasa , suka mengulangi dan harus
dibiasakan, suka meniru dan senang dengan bentuk-bentuk penghargaan langsung
seperti diberi pujian.
5. Membolehkan suatu tingkah laku yang diinginkan
mendapatkan penguatan positif dan tingkah laku yang kurang sesuai mendapat
penghargaan negative
6. Dengan melalui pengulangan dan latihan yang berterusan
dapat mengoptimalkan bakat dan kecerdasan yang sudah terbentuk sebelumnya. Jika
anak sudah mahir dalam satu bidang tertentu maka akan dapat lebih dikuatkan
lagi dengan kebiasaan dan pengulangan yang berterusan tersebut dan lebih
optimal.
7. Bahan pelajaran yang disusun secara hierarkis dari yang
sederhana sampai pada yang kompleks dengan tujuan pembelajaran dibagi dalam
bahagian-bahagian kecil yang ditandai dengan pencapaian suatu ketrampilan
tertentu mampu menghasilkan tingkah laku yang konsisten terhadap bidang
tertentu.
33. Teori Konstruktivisme
Kelebihan
1. Berfikir untuk membina pengetahuan baru: murid berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
2. Faham :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam
mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya
dalam semua situasi.
3. Ingat :Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan
aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep
.4. Yakin: Murid melalui pendekatan ini membina sendiri
kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.
5. Kemahiran sosial :Kemahiran sosial diperolehi apabila
berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.
6. Seronok :Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka
faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa
seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)